:: SITI AISHAH'S STORIES ::

Monday, November 3, 2008

pernah??

maser aku on the way balik rumah pas exam building technology td...aku terpikir pernah tak dalam hidup aku aku sesal dengan keputusan yang aku buat?? susah jugak aku nak carik jawapan..mane tak..klo jawapan tu dalam buku OK gak leh selak-selak...ne seme nya dlm diri aku...korang??pernah sesal??
jawapannya..Yup aku pernah dan ia berlaku sekarang!!

aku sesal aku buat keputusan yang pernah mengecewakan seseorg atau lebih...dan akhirnya
keputusan tu memakan diri aku sendiri!! Parah!!
Rupanya keputusan yang aku buat tu cukuppppppppppp menyakitkan
untuk diterima....dan aku akui baru aku faham erti semua ini!!
mungkin sesetengah x paham apa yang aku nak sampaikan..itu lebih baik dari aku yang faham tapi
langsung tak nak memahami....


p/s: pada sapa yg terasa. isu diatas tiada mengena dengan anda...tiada
kaitan antara yang hidup dengan yang sudah tiada.



Saturday, October 25, 2008

WHAT IF YOUR EX SAID THIS TO YOU?


1. Hi how are ya?
= alhamdulillah sihat...mimpe pe dier nie tanya kabo aku???
.
2. Hey! You wanna go to the mall?!
= GF baru maner??desprate la tu....
.
3. I LOVE U..
= uweekkkkk!! loya cheq dengaq
.
4. DO u want some cookies?
= mimpi la aku masak tok ko...
.
5. Can you take me a picture?!?
= buat ape?byk lg makhluk tuhan bleh aku amek
.
6. Help me in my homework!
= lu pk la sndiri

7. Here's my gift to you...
= haram aku nak ..once over its over!!

8. Let's just be textmates
= no way!!

9. Do you want me to buy you an ipod?
= baik hati sangat ke ko???

10. Let's sit together in the bus
=xda maknanya...nek la kete ko...

11. Hi baby
= sorry i`m not your baby!! BUTE!!

12. Your still cute/handsome!
= uwwwkkk da kene tinggal GF ker?

13.I still LOVE you!
= uweeeeeeeek but i love somebody else..wat can i do!! =)

14. Can I visit your house?
= ada aku jemput???x malu...huh

15.Do you love me?
= f**k U!!!

at last....=(


da berkurun rase x update blog aku ne..sibuk aku mcm nak ader pilihan raya..wohoooo!! sibuk sampai tdo aku x cukup sempurna!! haiyah!!! bermula dengan submission main core subject di ikuti dengan konco-konconya aku berserabot pikir...tp mggu ne minggu tegang batch aku...ada yang marah2, ada yang gado2, eheeee sempat lg..ada yang sound2...uishhhhh tp pendek kata minggu ni minggu tensi la.......akhirnya tba lah saat aku mempersembahkan keje2 aku utk sem nie...4 the first time aku jdk presenter PERTAMA pagi 23.10.2008, cuak?nazak? seme ada...haahaahh disepanjang tu jugak la aku kn tembak tanpa aku pakai baju kalis peluru dan last skali aku kn bom!! kedeboooooooooooooom..aku tahan je tp bler fadz dan yang lain tanyer tanpa segan silu aku menangis...huwaaaaaa!! sedih?of course la....huhuhuk!! sampai skang aku x paham naper aku nangis!! boley?????
tp memang hari tu hari tegang...dengan x cukop tdo..lecturer marah2...uishhhhh menciiiiiiiiiiiiiiiiii!!! tp da lepas tu aku da x pk janji aku da try!! yeay....balik je umah...landing non stop!! HEAVEN!!! tdo mcm kucin mati!!
sekurang-kurangnya aku blaja kawak emosi sem nie...aku paham seme org tensi...kita sama2 tensi!!...pada yang blom present lg , this coming tuesday...gudluck!!! i pray 4 you all!! pewiiitttttttttt..opsssss AMIN...harap2 xda yang S______T...mcm yg digenbar gembar gemburkan....huhuhuh xmo situasi itu berlaku...manyak sedih woooooo.....
coming soon...SUBMISSION RESEARCH PROPOSAL (mati aku!!!!) + HISTORY ( banyaknyerrrrrrrrrrrrrr) + ES ( bley siap....) + REVISION EXAM 31hb ne...pe nak jawabbbbbbbbbbb....mak!!!!!!

Tuesday, October 14, 2008

bebelan catcha


hye maser-mase buring dok siapkan aku nyer final presentation nie la mcm2 ide gler datang...dan salah satu nyer inilah dier...uhuwaaaaa... nie oyeng(sebab dier color oren)..cute sgt tu...anak kucin kehilangan ibu..cian dier...last2 kitaorg bela kat studio..oyeng da siap marking tmpat merata..termasuk la kat baju aku..huhuhu last2 aku pk wat poster r kasik tau kt org kot2 jmpe mak dier...ahahahah prihatin la tu konon...waawawawa nilah posternyer...




da boring layan oyeng aku amik menda penting kat desk aku time2 final ne...waahhhh mcm xda keje...tp aku tahap berasap da otak pk submission yg ntah bler berakhirnya...ermmmmmm

haaa..ni satu berasap aku nak hafal french!! menciiiii

ni sumber menghilangkan dahaga..hhuhu




Thursday, October 9, 2008

fahami ini...

" Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu
Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah BersangkaBaik
Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. ."


fikir-fikirkanlah ....

Tuesday, October 7, 2008

raya a.k.a kerja

ahaaaaa bak kater mas da bersarang aku nyer blog..mau x...last week da raya..maleh nk pk2 menda2 lain nie..mood raya da membara sejak seminngu awal sebelum raya..smpai nekad ponteng ari jumaat kelas bel...huhuh mas sori!! Raya kali nie lain cket..raya bersama butter paper..huang!!! jap kepuk butter nak wat kue raya...jap tgk butter paper wat ID!! tapi x siap jugakkkkkkkkkkkkkkk!! hahahahaah
cm nak kongsi raya kali nie happening (n__n) cket..mau taknya..korum adik bradik aku complete..ipin, emi and AG..+ adik ipar aku saadiah and the ular `keluncas` anak sedara aku..balqis saffiyah.klo x..pagi2 raya mak abah aku nangis anak dier yg sorang tu raya atas kapal..huhuhu Lagi syahdu mlm klo org dok main bunga api...mak abah aku dok tepi tingkap pk anak dier dok blayar jauh...tp da raya kali nie dier da beraya kat darat makne nya raya akan dtg...dier akan beraya kat laut la plak...dan maknanya jugak...aku da x dapat angpau raya!!!!! uishh...tu side effect je...=( yg penting raya klo x ckp korum mcm x complete raya taun tu kan?

memandangkan aku coti 1 minggu..jdk tanpa ragu2 pensyarah aku kasik kerja yg x termampu aku laksanakan...hihhi mau x...mana nak raya mana nak wat keje...br je pegang org da ajak beraya..br je pegang org datang umah...pe2 aku rasa raya thun ne meaningful...bak kata org hargai org disisi anda selagi mereka masih bersama menghirup udara bersama kita...
tak terlewat g kot aku wish SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN!!!


bulat a.k.a bulas = Bulat malas


Atuk ku!!

mood raya tu ketara diwajah..terutama mak aku!! =)


abah and andak

shot best dr emi..urmm best ke?? hahah

small family one big heart!!

Balqis saffiyah bt Mohamad Ariffin


Thursday, September 18, 2008

aura raya sudah datang!! yeay!!



kad raya ni bakal aku email kat seme..thanks to deviantart pasal shot masjid
best gler ne..huhuhu next design coming soon!!
yeay nak raya!! nak balik kampung!!

Sunday, September 14, 2008

depatterning exhibition 2008



last week exhibiton hasil kerja batch aku berjaya dilaksanakan..hasil tunjuk ajar en.Not, pn mai n cik aida'depatterning' sukses dijayakan..hasilnya inilah...tp sepanjang menjayakan design method yg agak asing nie..masih lg boleh di terima dan berjaya..huhuhuh ni ader sedikit sebanyak photo shot aku snap kat gallery FSPU







Friday, September 5, 2008

JODOH yg cantik

Renungkanlah sedalam-dalamnya ……………….



Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti... Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri atau suami tidak usah berkahwin dulu.

Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan.. "Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

Thursday, August 28, 2008

the ' sabar menanti ' shot list



hum agak ' bersarang ' blog aku, bak kater masitah kat aku..huhu mengambil petikan mas aku amik alternatif nak upload the latest blog..dan ini dia..shot2 yg membuatkan segalanya indah!!..yaeah g trip ke kelantan and terengganu and aku raser its the best place to release tensi yag tgh gering dlm otak kitaorg...trip started on 15th August 2008 and ended on 19th August 2008...Letih+Happy+Suke-Suki+gado-gado+kene marah kat pn Zana+ wan terpijak taik+tag line banu GILA sioooooooook+ketiak menangis+eyeliner TEBAL....hahaha segalanya ada tercipta.

The most precious...The Malay Art!! Terkesima aku tgk art melayu yang selama ni boleh aku katakan yang aku tak amik pot pon...SENI+SPIRTUAL blend in one piece with million meaning to interprate.Yang paling aku terkesima...kat galley Nik Rashidin, impak art wood craft dia..entah meremang aku tgk..meremang tu bukan ader ENTITI lain tp..passion dia..aku raser aku sendiri tak mampu nak buat semua tu..Setiap yang terlakar pada master piece tu mcm ader sesuatu..tu la kan..anak-anak melayu sekarang da 'tumpul' sense utk hayati semua tu..
sekurang-kurangnya aku belum terlambat lg kot nak hargai seni bangsa aku sendiri..bak kat pepatah lama


TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA..
tapi...jika dilihat realitinya..tepuk dada tanya selera.






Tuesday, August 12, 2008

hari-hari yang menyengalkan...=(


haiyok...time aku berblog nie member sestudio aku dok balun wat presentation tok khamis nie..gering hotak aku nak pikir wat study model..hahahahah...dan kat bawah nie hasil aku memerah santan dari otak aku..punya lah susah!!
berfalsafah habis aku!! korang paham apa yang aku buat???
ini adalah hasil ketidak fahaman aku tentang apa yang aku wat...hihihiihi
apa sajalah janji buat!! hahahah ( ketawa dlm duka nie)..
tp x kesah lusa present and jumaat kitaorg enjoy g KELANTAN....huhuhuh bestnya...g tgk Latif Long
sapa dia???haaa.........tunggu jela yeeeee...

colaboration between human and nature !!! iyola tu aisyah woiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!

Nasik minyak week!!

aku dan Et si pengantin baru

gon, min, ani, Et bersama aku dan pengatin


posing bersama pengatin baru..huhu


the bride
last week perut aku dok download nasik minyak je...huhuhu minggu makan mau x nya last 2 week Et kenduri..last week Yatie...seronok tgk diowg nek plamin.Tahniah korang..seru korang sampai dolu!! ahaks...wat Et..pas ni ko xleh da kasar2 ala2 gngster...ko da ader mijie!!..kn praktis jdk pompuan melayu terakhir

so sapa yg x dapat attend kenduri Et n Yatie..ni aku ader snap cket2...nak banyak angpa kn ckp kat aku la no..aku leh emailkan kat angpa!!




pe2 TAHNIAH..SEMOGA KEKAL HINGGA AKHIR HAYAT!!

Sunday, July 27, 2008

akhirnya....=)


me & ET


hahaha...bertarikh 26.7.2008,tersahih la kawan aku sorang ni since Diploma jdk bini orang...cam mimpi je dia cakap dia nak kawen...tapi da jodoh x kemana kan...hhuu aku,ckeen,fid,shamer and raihan serta fira tumpang gumbira...
per2 cik ET sekarang da PN ET...selamat pengantin baru...huhuhuh


the bride


amek aura seri pengantin...hahahahaahhaa

catcha & raihan

Monday, July 21, 2008

trip to lily wed`s day!!



sebelum berlepas...tunggu shamer yg LAMBAT!!!

ni adalah shot2 poyo aku dapat dari ckeen...tgk muka aku..teruja bler naik train...teruja2 aku sempat g aku tdo...tp punya la penattttttttttttttttttt..tp demi menggembirakan hati pengantin kami redah je....huhuhuhu =))




ngantokkkkkkkk!!



da bangunnnnnnnnnn!!




together forever???thats liar!!

' DURI ' an party...=))




semalam maghrib2 aku da dpt msg dr along..cakap nad ajak g mah dier kat sek 8..mula2 cam was2 gak nak p x...b4 tu kak anie de gak msg...paln nyer plan sampai gakla aku kat umah nad n banu...perghhhhhhhh ingat makan durian je.. upenyer siap masak2 lg...saper x tolak tuah kan??aku pon melantak...dmulakan dengan buah manggis fav aku tu...ni ader cket banyak candid camera...huhuhuu lawok pon ader tgk blk...lagi lawak bler bob kene abng bang boom ngan raihan..kena lak manggis buruk...ueeeeeuuuuuuuuu...thanx nad n banu jdk organizer..huuhuhu next wat la lagi...
per2 thanx nad n banu....HUuhuuhuu








bob n han dgn aksi merosakkan gambo!!





pose pas melantakkkkkk !!




Wednesday, July 16, 2008

r e s e a r h for a searching????

Haha..ingat ke semalam aku nak update blog..tp aku taip dlu then br aku publish dalam blog neh..letih glor...kejang betis dok berdiri ari semlm...gerak ke Dewan Bahasa dan Pustaka da kol 3..sampai redah carik research sempena ari ni nak confirmkan subjek matter aku untuk advance interior design semester nie..perghh mula-mula tu aku kena register jdk RAKAN DEWAN...hihihi 1si in my life time ader kad pinjam buku luar dari tempat aku blaja..miracle tu!! Tentu bangga En Omar & Pn Fatimah tgk anak die org nie da pandai baca buku ilmiah...klo x...katooooooooooonn je!! X abih!=) hye i start missed them both!! Hhhuuuuu...

Pastu aku carik le research tentang KUDA KEPANG...tp YaRabbi cket nyer payah!!check opac kate kat sinun la,kat sini...g carik2 x jumpa pon...sedih tu...orang lain da bertimbun2 research...aku dok terkial2 lagi...tapi berkat kecekalan aku carik...last2 thanx to kak anie...aku jmper die kat tingkat 2...leh search jurnal ngan majalah. Tapi aku pon pening nak carik...kat maner ntah...thanx gak kat deeda tlg ak crk kan...settle gak...kurang bler org tgk...ader gak research!! And xda la aku wat statement main tembak je...=)))))

Terjumpa jugak lah aku 1 buku tentang KUDA KEPANG...perghhhhh nikmatnyer mcm aku baru je grade!! Aha!!!!!!!! Tp buku tu x sampai pon 1cm tebalnya..hihihihi =) lantak laaa janji ader info yang aku nak.

Tp dari pandangan aku...rupanya kat Malaysia nie kurang penulis tentang warisan melayu, yang banyak nye tentang wayang kulit, songket, batik..itu je ke warisan yang kita ada kat Malaysia ni..warisan melayu nie banyak sangat2...(nak gambarkan banyak tu =) _..ermmm aku ingat aku nak study tol2 pasal kuda kepang nie...aku curious naper tercipta kuda kepang?kenapa ade myth yang katakan ianya ada kaitan ngan perjuangan Saidina Ali dalam memperjuangkan Islam....urmmm interesting tu =/.....maner tau 1 day aku plak tulis buku leh tolong generasi akan datang wat research!!..x mcm aku ngan member2 len..pening crk buku yng `TIADA’....

INFO : aku ader bc dlm koleksi Dewan siswa, Mei 1983 kuda kepang
biasa dinarikan oleh kaum lelaki manakala kuda Lumping dinarikan oleh
kaum perempuan...tapi kenapa ek??????=/ nak tahu la kenapa.....



KUDA KEPANG O KUDA KEPANG

Monday, July 14, 2008

the pieces dont fit anymore....urm=/ dalam maksud tu!!

I've been twisting and turning,In a space that's too small.I've been drawing the line and watching it fall,You've been closing me in, closing the space in my heart.Watching us fading and watching it all fall apart.
ChorusWell I can't explain why it's not enough, Cause I gave it all to you.And if you leave me now, oh just leave me now.Its the better thing to do,Its time to surrender,Its been to long pretending.Theres no use in trying,When the pieces dont fit anymore, Pieces dont fit here anymore.
You pulled me under,I had to give in.Such a beautiful myth,Thats breaking my skin.Well i'll hide all the bruises,I'll hide all the damage thats done.But I show how Im feeling until all the feeling has gone...=((((

pening lalat...=/

tajuk tu pun da bg clue..aku ngah pening...1st pikir pasal ID aku yang tak confirm2 lagi neh..ooo KUDA KEPANG...ooo KUDA LUMPING ...then topic tesis aku..macam2 ader dalam kepala otak..tp bler soh kuarkan 1 pon xnak kuar...huhu2 =(..bukan senang nak dapat degree..nah rasakan!!tu x campor g ngan assignment len...tu semua bakal beratur macam nak beli tiket balik raya !! wawawwa...sesak + padat + presure itu pastinya!!

sem ni aku raser aura presure dia makin membunuh..awal2 lg da bg sign...JAGA-JAGA CIK SALMAH!!..maner nak kejar tu!! takat nie...aku da x leh main2 research kene kamikaze..xdak da research tangkap muat mcm diploma dolu2..sekarang kena tahu aper yang dicakapkan..klo xtahu jangan cakap..sebab itu dinamakan membunuh diri sendiri namanya!! Taraaaaa...

tapi i`ll try my best to be the best...untuk yang paling close ngan aku kat BIA 06/uitm shah alam KAK ANIE+BOB+DEEDA+ALONG+DARINA+EMMA+HAN+BED+FADZ tq 4 da support!! harap sem nie balik awal dari studio..hahahaah MIMPI JE TU KAN??
semangat aku paling kuat...ABAH/MAK/EMI/AG/IPIN/YAH and the little princess BALQIS SAFFIYYAH...kerana sentiasa berada dibelakang aku,menyokong aku ketika aku hampir jatuh...

Thursday, July 10, 2008

[ kuda kepang ]

haaa...btol gak kater org byk membaca tu baguih...sifat terpuji tp bukan bc buku pedang setiawan,gempak.utopia ke etc...tp buku yg leh tambah ilmu...hiiii...td aku terbukak laman web DBP...shortfont dr Dewan Bahasa dan Pustaka...baru aku tau kuda kepang tu maksod pe...ishhh nilah kita...makhluk tuhan yg kerdil...cenonit tu pon aku xtahu....waduhhhhh KERDILNYA!!


kuda kepang?sound family kan?
kuda tu...yelah kuda...lgpun da nyata yg org guna wat tarian kuda kepang tu, guna shape kuda..wawawawwa..tp korang tahu makna kepang tu aper?



ha...kepang tu membawa maksud dari sumber Dewan Bahasa ;




1. jalinan (anyaman) tali atau rambut, kelabangan (rambut);
2. Jw anyaman drpd buluh yg diraut tipis dan dianyam silang-menyilang;
kuda ~ kuda-kudaan yg dibuat drpd anyaman bilah buluh utk tarian;berkepang
beranyam, berjalin (bkn rambut, tali, dsb);mengepang menganyam, menjalin,
mengelabang (rambut, tali);kepangan cara atau hasil mengepang (menganyam).




kurang2 aku da sampaikan cket ilmu utk dikongsi...mati2 aki ingat kepang tu kepit...hahahahah
hancor akunyer bahasa Melayu...klo bg tahap nie...dpat 3/3 je kot...tp byk lg nie nak kongsi kat budak2 BIA 06...

pasal senin nie aku n other kn present project matter to confirm...

tp study on malay art nie wat aku sedar....budaya melayu, budaya aku dan budaya kita indah seninya...terlalu banyak untuk dijelajahi..



TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA...

Wednesday, July 9, 2008

' DIA ' mai dah.....

Dia mai daaaaa…..

Rajin adik rajin..rajin la belajar..uhuhu statement tikam diri sendiri tu. Tapi seriously aku mcm weng cket sem nie…nak kater cuti itm bg x cukup…da munafik aku…tipu tu…2 bulan makan tido makan tido…maunya da macm kungfu panda !! tapi tang menambah ilmu…hiiii

Plak tu, awal2 permulaan sem da di bagi menda mencabar IQ aku yg ‘ tinggi’ !! aku sendiri x paham aper yang aku research…nak tunggu aku paham….grad pun aku lom tentu paham…haru ! tu x campur ngan title tesis aku…lagi la…nampak sempoi tp cuak gak la…pasal aku dikelilingi oleh ciptaan Tuhan yg dberi kelebihan ! Amin..

Tapi bak kate abah aku…klo x susah mcmaner nak rase susah tu..biar berabis usaha jangan x berusaha!! Tu reminder utk aku…kadang2 aku hanyut gak ngan godaan donia nie…ayak !

Nak xnak aku kena settlekan segalanya dengan perancangan aku..jalan x jalan tu suku pasai janji planning !! insyaAllah 1 ½ tahun je lg…bertahan!bertahan !

Da tiba masanya aku research kuda kepang…abislah klo x reti ‘goreng’ besok…abislaaaaaaa…

Dia mai daaaaa…

Sunday, June 8, 2008

thanks Allah...

hahahaha bertarikh hari nie aku happy sangat-sangat..pasai apa?result exam aku da kuar...dan resultnya x mengecewakan aku...hihihihihi bolelaaaaaaaaa.....tp cket terkilan...x dpat catch up dean list!! cittttt tu la blajo main2...study last minute!! kan sapa yang salah!!
...yang pasti xdak C yahooo......!!!

laterst blog will update at....xtau lagi bler!! haahahahahhaha!! buhbye!!

Friday, May 9, 2008

cuti...yabadabaooooo.....

aku nak addict blog...raser segalanay aku nak tulih...huhuhuhuhu ni pon b4 blik muar sompat laie aku tulih blog...dan rasernya aku bahagia..pasal coti lamer gler...huhuhu per planning coti sem nie...emmmm =/...xdak per,,,jalan2 kotttttttttttttt hahahahahha...ntah bakal d pk kan ....wawawawawwawa pe pun selamat bercuti kat bactch BA [hons] interior architecture...huhuhuhuhuh yeay cutiiiiiiiiiiiiii yahoooooooooooooooo!! la la la balik kampong!!

kene tipu lagi...haiyakkkkk!!

nak x nak orang kater kena except kententuan tuhan...huhuhuh cm tajuk lagu kak Ram..huhuh tapi...ak bengkak hati nie...bengkakkkkkkk...maunya tak...untuk kedua kali aku ditipu hidup2...ni ape cerita nie..aku yang bodoh mempercayai atau aku memang senang kn buli dek hamba Allah yang berlawanan jenis nie..



ishh...maner aku nak start?...start la maner2...janji hilang tensi aku!! ok klo korang lelaki la...ader GF...+ dalam masa yg samer korang ader gak simpanan kekasih gelapku...so finally makes decision la...xnak mainkan perasaan GF korang...pe korang akan cakap...da ader GF lain @ create story + reason yang konon raser rasenya bakal d terima la...sebagai contoh...i xleh nak commite la...i bz la...i ader future i sendiri la... cehhhh
raser2 aper jawapan anda..

dengan bodonya aku accept je...manala tahu kan...konon memahami sgtla.....last2 kantoi dalam laman komuniti yang famous..ader GF baru..ewaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..komain ko....
sesedap rase ek...ishhhhhhhh geraaaammmmmmmmm nape la ko x cakap awal2..korang2 3-4 guni aku maki....

tp secara personal aku aminkan pe yang tuhan tuliskan utk aku...nasebla x tunang @ kawen...klo x lg parahhhhhhhhhh

peringatan tulus ikhlas aku...
JANGAN MENABUR JANJI ANDAI ANDA BELUM PASTI ANDA MAMPU UNTUK MELUNASINYA...ingat...mungkir janji tu munafiq...